top of page

PENGENALAN

      Dewasa ini keruntuhan akhlak di kalangan remaja kian meruncing. Masalah pelacuran, homoseksual, membunuh, kes rogol, kes buang bayi dan sebagainya semakin menular di kalangan muda-mudi masa kini tidak terkecuali mahasiswa IPT. Hilangnya jati diri mahasiswa rentetan daripada kurangnya kefahaman Islam menjadi salah satu faktor kepada permasalahan ini. Mahasiswa yang diharapkan sebagai pendokong atau peneraju tampuk kepimpinan negara akan datang seharusnya melihat masalah kebejatan akhlak ini sebagai satu masalah yang umpama parasit yang akan memusnahkan segala impian dan harapan yang telah direncanakan oleh generasi terdahulu.

 

      Kita tidak mahu golongan ini terus hanyut dalam arus kemajuan dan selesa dengan apa yang ada sekarang.

 

      Dengan terlaksananya program seumpama ini, diharap dapat membentuk mahasiswa yang cergas dan cerdas baik dari segi mental mahupun fizikal, sekaligus memantapkan personaliti yang unggul di mata masyarakat.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan bakal mahasiswa kepada persekitaran di alam kampus serta peluang dan cabaran yang bakal dihadapi semasa bergelar mahasiswa

2. Memantapkan kefahaman asas tentang Islam sebagai bekalan memulakan langkah baru di alam kampus

3. Mengaktifkan Sahabat Yadim negeri dengan keterlibatan sebagai urusetia dan fasilitator.

SASARAN

LEPASAN SPM, STAM, DAN STPM

MISI & VISI KAMI

HUBUNGI KAMI

LOKASI KAMI

MISI
“Penyelaras Sahabat YADIM.”

VISI
“Penggerak Aktiviti Sahabat YADIM.”

Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat Yadim (MPKSY)
YADIM Travers,
No.7, Jalan Negeri Sembilan Selatan,
Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur,
Malaysia

 

Tel: 03-22012342
Faks: 03-22821608

Hakcipta Terpelihara Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat Yadim @ 2015

bottom of page